Sungai kerayong tambah baik

Hari isnin lepas aku berkunjung ke Kolej Poly Tech MARA yang terletak di Taman Shamelin Cheras. Dari Plaza pekeliling aku naik LRT ke sana kerana Puduraya dah tutup sementara untuk kerja-kerja naiktaraf dan pengubahsuaian.
Semasa turun LRT di stesen Pandan Jaya tu aku ternampak sungai Kerayong.Air sungai tu nampaknya tak lah bersih sangat tapi aku kagum juga dengan usaha JPS untuk memperbaiki aliran sungai dan nampak agak kemas penglihatan tebing kiri kanan sungai tersebut.
Didalam sungai tersebut diletakkan bongkah batu dan memecah aliran sungai .Aku rasa sungai Galing tu boleh juga dibuat macam sungai kerayong ni. Mungkin di setengah tempat kalau bukan kesemuanya.

Published by Galing BOY

Lahir,membesar dan tinggal di kampong.Asal lahir dari Galing.Pendidikan awal di sk galing dan menetap 20 tahun lebih di kampong Galing dan seterusnya berhijrah ke kawasan kampong berhampiran. Medapat pendidikan awal di SK Galing dan sekarang ini menjalankan usaha sendiri.

One thought on “Sungai kerayong tambah baik

  1. Assalamualaikum tuan, mohon share gambar sg kerayong jika diizinkan utk tujuan pesanan mengenai usaha memulihara sungai ini ya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.