Biasanya bila aku on the way ke Johor Baru aku akan singgah di R&R Pagoh. Ini adalah kerana aku suka dengan tataatur dan rekabentuknya yang pada aku sungguh cantik, kemas dan menarik.
Sepanjang aku singgah dalam banyak-banyak R&R, yang ni la aku paling berkenan.Aku suka juga dengan design suraunya yang simple tapi menarik.


Aku juga suka cara penggunaan bahan binaan untuk pembinaan R&R Pagoh ni. Batu-batu timbul iaitu pebble wash yang digunakan pada tiang ,lantai dan dinding memang cantik bila di adun rekabentuknya dan seni pembuatannya juga baik.
Memang R&R Pagoh ni pilihan aku kalau nak rehat jap kalau lengoh memandu. Tapi kalau boleh dari segi pengisian bahan makanan tu elokler tambah kit.