SUNGAI GALING TERCEMAR

Leave a comment

Aku juga meninjau tempat mandi-manda kami dahulu terutamanya sungai utama.Agak terkejut juga melihat keadaan sungai yang sememangnya kotor dan tidak terjaga ini.Mungkin pihak berkuasa belum buka mata tentang perkara ini atau pun sedang mengambil tindakan secara senyap-senyap.Yang pasti ianya kelihatan tidak menyenangkan.Sesuatu perlu dilakukan segera.

Airnya bukan sahaja keruh tetapi warnanya juga agak kehijauan kerana lumut-lumut mula membiak.

Semua ini sebagai peringatan supaya kita menjaga sungai kerana jika sudah tercemar adalah sukar untuk memulihkannya kembali sebagaimana asal

Advertisements

Kampong ku

Leave a comment

Hari ini aku meninjau tempat aku dilahirkan dan dibesarkan untuk melihat perkembangan terkini di sini.Kampong ku masih ada namun dikelilingi oleh perkembangan pesat sekitarnya dan ianya begitu

nyata bahawa kampong ku akan lesap dalamasa 5 – 10 tahun akan datang. Lebihkurang 20 keluarga sahaja yang tinggal di kampong Galing ini dan penduduk asal hanya tinggal 4- 5 keluarga sahaja. Itu pun yang sudah separuh abad ke atas.

SYAWAL HAMPIR TIBA

Leave a comment

10 hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri yang mulia.Nampaknya mulai minggu ini sibuk la mak bapak menyediakan keperluan Raya. Mereka yang diperantauan sibuk membeli tiket bas tambahan jika ada untuk balik kampong.

Apa yang pasti pada kali ini ialah kenaikan segala barangan

Felda Kerteh<Terengganu

Felda Kerteh

dari makanan harian,pakaian,perkhidmatan dan segala-galanya membebankan.Jika dulu jika balik raya nak ada 500 sekarang ni mungkin 1000 kot!.

Kakitangan awam agak senyum sikit sebab kerajaan nak bayaran ansuran bonus sebulan gaji awal sikit.Boleh lah tukar baju baru ke atau make up kereta masing-masing lebih sikit.

Aku ingat nak cat rumah tapi terfikir-fikir warna yang sesuai.Sekarang ni pink.Ingat-ingat nak tukar warna hijau lumut pulak. Tengok la nanti!.