Ada juga usaha JPS Kuantan untuk mengelakkan sungai Galing kotor.Aku lihat JPS menggunakan konsep tapis kotoran berupa sampah dengan membina perangkap sampah untuk setiap longkang besar yang menuju ke Sungai Galing.
Usaha ini harus diteruskan, dan diharapkan perangkap sampah ini berfungsi saperti yang diharapkan dan dapat memelihara sungai galing dari menjadi kotor.Aku tinjau juga perangkap sampah untuk melihat bagaimana ianya berfungsi.
Aku lihat dalam perangkap sampah ini penuh dengan pasir dan perlu diselenggara selalu secara kerap dan dengan katalain pemantauan perlu dilakukan dan inovasi perkara ini perlu dilakukan untuk menambaik proses dan hasil perangkap sampah ini.

Advertisements