Tinggal 10 hari lagi Ramadhan untuk melabuhkan tirainya. Bagaimana pula kita menyambutnya ?.Tentulah lain orang lain caranya.Beberapa golongan mempunyai alasannya tersendiri bagaimana menyambut 10 hari terakhir Ramadhan.

Golongan pertama menyambutnya dengan memulakan diri dan keluarga untuk shopping pakaian dan kuih raya.Biasanya pakaian rayalah.Perancangan untuk shopping sakan dibuat mengikut tempat.Dimana hari ini nak pergi shopping dan apakah pakaian yang nak di beli.Maklumlah sekarang ni dah dapat gaji dan oleh kerana Raya jatuh sebelum 15hb. maka duit gaji bulan ni lah perlu digunakan untuk perbelanjaan hari raya nanti.Nasib baik ada bonus 500 untuk orang gomen.Orang bukan gomen apahal pulak.

Golongan kedua mula bersiap-siap untuk menghias rumah untuk menyambut hari raya samada cat rumah,beli perabot atau decorate dalam rumah dan sekitarnya.Ada juga dah mula membersih ,potong rumput,cuci longkang di sekitar rumah. Mungkin juga yang mula ubahsuai rumah sebelum puasa,masa nilah terkejar-kejar tukang supaya siapkan rumah tu dengan cepat.Dah nak cepat,duit pun cepatlah.Perancangan awal dan masuk tong sampah.

Golongan ketiga pula mula service dan tambah aksesori kereta atau motor.Kedai tayar dah mula sesak dan caj pun dan berbeza.Yang peliknya tentang enjinnya kurang diambil perhatian.Hai kereta pun nak raya ker.Belum dapat gaji dah put aside banyak mana nak belanja kereta kesayangan.Kadang-kadang melebihi perbelanjaan untuk keluarga.

Golongan keempat ialah golongan yang kurang pengamalnya.Iaitu golongan yang mula menggandakan amal ibadat dan mula mencari malam lailatul qadar.Kalau dulu malam boleh melelapkan mata tapi sekaran dah tak tidur malam.Siang tidurnya hanya untuk mengumpulkan tenaga untuk amal ibadat di malam hari.Apa ibadat dimalam hari?.Banyak sebenarnya boleh dibuat antaranya selain sembahyang tarawih ialah tahajud,hajat,zikir,iktiqaf,quran,sedekah dan lain-lain amal jariah.

Golongan kelima ialah merangkumi golongan-golongan yang sebelum ini.Maksudnya sana sikit sini sikit.Disini kita perlu membahagikan masa dan duit mengikut keutamaan keperluan.Amal ibadat jangan lupa pulak.Kalau tak dapat banyak,sikit pun jadilah.Ini golongan yang biasa dan paling banyak.

Golongan manakah kita bila menyambut 10 malam terakhir Ramadhan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Advertisements