Tahun ni aku beraya lama di kampong.Maklumlah cuti sekoah agak lama tahun ni iaitu 2 minggu.Aku balik ke kampong untuk beraya 2 hari lebih awal.Alhamdulillah traffic tak lah jam sangat kerana banyak pilihan hari2 yang nak balik,namun agak slow sikit kerana Q yang agak panjang.Biasanya jalan jabor Jerangau ni lengang saja,tapi hari aku balik tu boleh sesak pulak.Memang patutlah LPT lebuhraya Pantai Timur tu dibina sekarang.Aku pun tak sabar nak gunakan lebuhraya baru tu bila siap nanti.Apa yang aku dengar LPT ni delay sikit.Sepatutnya siap 2010 ni tapi delay sampai 2012.
Oleh kerana aku balik awal,bolehlah buat lemang sikit.Boleh juga rasa pengalaman buat lemang kerana sebelum ni aku balik pada hari Raya Pertama selepas sembahyang raya atau hari kedua raya.Kalau di Kuantan aku beli daging di Jaya Gading dan tiada pilihan dan berebut2, tapi disini ,Kuala Berang banyak pilihan untuk beli daging .Walaupun di pasar agak sibuk,tapi aku membuat pilihan tepat dengan membeli tepi jalan saja kerana ramai penjual dan boleh pilih sikit serta kualiti daging pun agak baik.Saperti Pasar Besar Kuantan,Pasar Besar Kuala Berang ni memang sesak dan sibuk juga.
Sebelum raya dan malam raya,di kampong selepas waktu berbuka dentuman mercun bola memingitkan telinga.Dentuman yang kuat menyebabkan aku tak lena tidur.Budak2 kampong ni memang tak hiraukan bahaya mercun bola dan bermain ikut suka hati saja.Alarm kereta aku p[un tak berhenti berbunyi dan aku terpaksa matikan alarm untuk menenangkan kereta aku.Banyak pulak duit budak2 tu untuk membeli begitu banyak mercun bola.Apa yang aku tau harganya agak murah berbanding di bandar.Patutlah banyak sangat.Saper2 yang ader anak kecil,memanglah terpaksa berjaga sepanjang malam kerana sememangnya tak boleh tidur akibat dentuman kuat mercun bola tu.Tak de benda lain ker budak2 ni nak main.Ye lah itulah tanda kemajuan.
Pagi hari raya, selepas sembahyang raya aku pun bertandang ke rumah sehabat handai,sedara mara.Kalau dibandar, kunjungan lebih kepada sahabat handai dan jiran, tapi dikampong ni aku turun pagi balik malam selama 3 hari berturut2 pun tak habis ziarah saudara mara.Ramai sungguh nak beraya.ak beraya kan ada yang terasa hati nanti.

Sebenarnya raya ramai 2 ni lah yang seronoknya.Kalau angkat air tentulah dua jag tak cukup.Kalau nak goreng mee, tentulah satu kuali besar baru puas hati.BIasalah di kampong aku ni,lemang adalah hidangan utama dan kadangkala ader juga tapai. Tk ketinggalan kuih muih yang anak masing2 bawak balik dari bandar.

ha ha ha SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAAF ZAHIR BATHIN

Advertisements