Sungai Congkak ver 1.2
Image by askbard via Flickr

Sungai yang bersih sejuk mata memandang.Begitulah bersihnya sungai tersat yang aku kunjungi baru-baru ini.Air yang mengalir jernih dan bersih  membuatkan hati tenang dan nyaman melihatnya.

Inilah sungai yang ingin ku lihat terjadi kepada sungai galing.Tapi manakan mungkin kerana pencemaran dari arus pembangunan menyebabkan ianya sukar menjadi kenyataan.

Sungai yang bersih menarik hati untuk aku mandi-manda di sini.Aduh nyamannya.Inilah salah satu sebab aku suka balik kampong.Sungai yang tiada pencemaran menyenangkan hati dan mendamaikan fikiran.

Kalau nak mencemarkan sungai memang senang   dan cepat,tapi untuk menjaganya perlukan sedikit pengorbanan dari kita semua.

Semoga sungai-sungai kat Malaysia ini masih banyak lagi yang belum tercemar.

Reblog this post [with Zemanta]