Mengenang ustaz asri

Leave a comment

Pagi-pagi aku dikejutkan dengan lagu allahyarham ustaz asri di TV3 Dan mengingatkan aku kepada beliau .Sayu pabila mengenangkan satu insan yang mempunyai bakat sebegini dan belum ada  penggantinya.
Lagunya agak kerap dimainkan semasa musim haji kali ini .Terfikir aku siapa pulak yang meneruskan legasinya .Adakah rakan-rakan dalam Rabbani dapat meneruskan usaha dakwah menerusi lagu sapertimana dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya ?
Memang kehilangannya akan dirasai selagi mana tiada insan seumpamanya .Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya Amin …..

segarkan diri berhenti di R&R Gambang

Leave a comment

Perhentian R&R gambang menghala ke Kuantan agak kurang pengunjung.Ini adalah kerana jaraknya yang dekat dengan Kuantan dan menyebabkan pengguna lebuhraya LPT ini kurang menjadi tumpuan
Namun begitu jika terasa penat tatkala memandu, alangkah baiknya jika berhenti sekejap untuk segarkan diri sebelum meneruskan perjalanan.Aku sering juga singgap sekejap di sini untuk segarkan diri dan menghilangkan mengantuk walaupun aku menuju ke Kuantan.
Kemudahan di sini agak setanding dengan R&R yang lain dan sesuai untuk istirehat sekejap.

aku kembali setelah lama menyepi

Leave a comment

Aku berkesempatan untuk menulis semula di blog ini setelah lama menyepi diri.Ini adalah kerana beberapa masalah yang menimpa menyebabkan aku tawar hati untuk menulis.
Ya semua orang ada masalah.Begitu dengan cabaran dan dugaan memang menjadi lumrah kehidupan di dunia ini.Yang terbaik ialah dengan mendekati diri dengan Allah s.w.t.
Kebelakangan banyak peristiwa yang membuat aku menghisab balik perjalanan hidup ku.Setiap langkah perlu diperbaiki dan disusun supaya tidak diulangi kesilapan mudah dan menyusahdiri dikemudian hari.
cukup lah setakat ini luahan hati ku

Perhentian R&R atau hentian Gombak ok tapi panas.

2 Comments

Perhentian R&R baru saja siap di naiktaraf atau upgraded dan nampaknya agak selesa.Kemudahan yang agak adalah mencukupi dan sesuai untuk berehat.
Dilengkapi dengan surau,bilik air dan gerai makanan dan juga tempat letak kereta yang mencukupi.Namun apa yang merimaskan aku hendaklah keadaan hawa panas di sini.Mungkin kerana di belakangnya ada bukit menyebabkan aliran udara tidak lancar dan memberi hawa panas di R&R ini.Oleh sebab itu aku tawar hati untuk singgah disini terutama waktu tengahari dan meneruskan perjalanan dan mungkin berhenti di perhentian seterusnya iaitu di R&R Genting Sempah.

Dari segi pengamatan aku pihak berkuasa bolehlah menyediakan kipas besar atau pun menanam pokok-pokok peneduh di hadapan parking lotuntuk mengurangkan suasana panas di sini

Bila cuaca dah panas, nak makan pun tak ada selera.

Nilai 3 oh Nilai 3 macamana nak pergi sana

Leave a comment

Nilai 3, dengar namanya saja dah gah. Terbayang pelbagai barangan keperluan rumah yang murah dan banyak pilihan.Aku pun teruja nak ke sana.Kalau aku bertolak dari sini, (Kuantan) tentunya agak petang aku akan sampai ke sana dan masa untuk membeli tentunya terhad.Dah tu kalau nak balik semula ke Kuantan tentulah tergesa-gesa.
Itu lah yang menjadi celaru pemikiran ku . Kalau masa di Nilai 3 tu terhad tentulah tak sempat nak tawar menawar (bargain) dan tak dapat pilihan yang terbaik.Tak berbaloi lah aku ke Niai 3 ni.Baik aku pi beli kat bandar Kuantan saja.Nampaknya aku terpaksa bermalam juga kat Nilai 3 ini.Aku pun search la internet mencari keyword Nilai 3.Tak banyak yang aku dapat rupanya dari keyword nilai 3 tu.Rupanya Niai 3 tak lah popular sangat pencariannya di Internet.Tambah lah merumitkan aku nak ke Nilai 3 ni.Aku search pelbagai hotel termasuk menggunakan google map sekali nak tengok berapa jauh Nilai 3 dengan hotel yang aku cadang nak tinggal tu.
Hotel nya ada tapi tak berani confirm samada harganya terlalu mahal atau tak tau keadaan sebenar hotel.Banyak yang aku search pasal hotel dan tidak memberikan penyelesaian kerana ada komen pasal budget hotel.Takkan aku nak tidur kat KL.Yang yang pentingkan sekarang ni adalah berapa masa yang aku dapat dengan pencarian hotel yang sederrhana budget dan manasabah kedudukan hotel dengan nilai 3 ni.Oleh kerana kesusahan yang aku dapat untuk ke Nilai 3 ini aku tulis post ini dengan harapan dapat embantu sesiapa yang nak ke nilai 3 dengan budget yang sederhana.
Setelah membuat pelbagai trial n error aku membuat keputusan untuk tidur di Seremban.Dan keputusan aku memangnya tepat kerana Seremban tidak jauh rupanya dari nilai 3 iaitu kira-kira 30km sahaja.Aku menginap di hotel Seri malaysia Seremban yang sewanya 120- 160 ikut keadaan katil dan hotelnya memang selesa dan bersih.Yang penting tempat parkingnya luas dan selamat.Aku sememangnya mementingkan parking bila pilih hotel ni takut-takut kereta aku kena sonlap atau hilang.Kalau datang dari highway utara selatan nak Hotel Seri Malaysia ni turun di persimpangan atau tol Seremban dan beberapa minit saja nampak hotel Seri Malaysia dari jalanraya.Kedudukan Hotel ni di atas Bukit.
Nak makan pagi tak payah sibuk2 kerana ikut highway antara Nilai dan Seremban ada R & R Seremban di kedua-dua hala dan ini menjimatkan masa.Kalau malam semasa menginap di hotel ni boleh jalankaki sahaja ke restoran sate kat bawah tu.Nak kebandar boleh juga jalan kaki namun aku pilih naik kereta saja.Seelok-eloknya kalau nak tempah hotel hendaklah 2/3 hari sebelum ke sini kerana aku dapati rate of occupancy (Kadar penuh penginapan) di sini agak tinggi,maknanya hotel di sini agak laku.Tol dari Nilai ke Seremban adalah 7.20 sahaja dan turun ke persimpangan nilai yang ada tulis Pajam tu.Lepas tu ikut saja papantanda nilai 3.
Itulah sahaja untuk kali ini,semoga dapat manafaat kita semua dan sesiapa yang pertama kali nak ke Nilai 3.

Pelbagai pilihan makanan dan suasana di R & R Seremban.

Leave a comment

menuju ke tempat makan


Perjalanan aku kali ini aku sempat singgah di R & R Seremban dari kedua-dua arah iaitu dari arah utara dan juga dari arah Selatan.Aku dapati rekabentuk bangunan dan tataatur R & R ini adalah sama agak menarik kerana banyak pilihan kedai makan di sini.

Apa yang seronoknya di R & R Seremban ini ialah bilangan pengunjung yang senantiasa ramai di sini membuatkan suasana nya seronok dan happening. Nak beli makanan juga agak sesak dan berebut. Itu lah kata orang kalau makan berebut ni seronok.

pandangan di gerai makanan


Sepanjang perjalanan aku 3 hari ini aku singgah di R & R saja dan tak perlu mencari2 kedai makanan di bandar-bandar berdekatan dan ini menjimatkan masa dan tenaga..Jimat minyak dan tol juga.

tangga bergerak atau escalator at R & R Seremban


Apa yang menariknya R & R Seremban ini juga ada menyediakan tangga bergerak atau escalator untuk pengunjung yang dah penat berjalan dan malas nak mendaki anak-anak tangga.Tangga ini menghala ke tempat gerai makanan.

tempat duduk santai sambil makan


Satu lagi perkara menarik ialah pelbagai jenis dan kawasan tempat duduk samada berbumbung penuh,santai,meja bar tinggi,gerai makanan segera amat menyelesakan bagi sesiapa membuat pilihan d.Dari anak-anak kecil sehinggalah ke paras orang tua.

makanan yang aku pilih

Best nya raya kat kampong

Leave a comment

Tahun ni aku beraya lama di kampong.Maklumlah cuti sekoah agak lama tahun ni iaitu 2 minggu.Aku balik ke kampong untuk beraya 2 hari lebih awal.Alhamdulillah traffic tak lah jam sangat kerana banyak pilihan hari2 yang nak balik,namun agak slow sikit kerana Q yang agak panjang.Biasanya jalan jabor Jerangau ni lengang saja,tapi hari aku balik tu boleh sesak pulak.Memang patutlah LPT lebuhraya Pantai Timur tu dibina sekarang.Aku pun tak sabar nak gunakan lebuhraya baru tu bila siap nanti.Apa yang aku dengar LPT ni delay sikit.Sepatutnya siap 2010 ni tapi delay sampai 2012.
Oleh kerana aku balik awal,bolehlah buat lemang sikit.Boleh juga rasa pengalaman buat lemang kerana sebelum ni aku balik pada hari Raya Pertama selepas sembahyang raya atau hari kedua raya.Kalau di Kuantan aku beli daging di Jaya Gading dan tiada pilihan dan berebut2, tapi disini ,Kuala Berang banyak pilihan untuk beli daging .Walaupun di pasar agak sibuk,tapi aku membuat pilihan tepat dengan membeli tepi jalan saja kerana ramai penjual dan boleh pilih sikit serta kualiti daging pun agak baik.Saperti Pasar Besar Kuantan,Pasar Besar Kuala Berang ni memang sesak dan sibuk juga.
Sebelum raya dan malam raya,di kampong selepas waktu berbuka dentuman mercun bola memingitkan telinga.Dentuman yang kuat menyebabkan aku tak lena tidur.Budak2 kampong ni memang tak hiraukan bahaya mercun bola dan bermain ikut suka hati saja.Alarm kereta aku p[un tak berhenti berbunyi dan aku terpaksa matikan alarm untuk menenangkan kereta aku.Banyak pulak duit budak2 tu untuk membeli begitu banyak mercun bola.Apa yang aku tau harganya agak murah berbanding di bandar.Patutlah banyak sangat.Saper2 yang ader anak kecil,memanglah terpaksa berjaga sepanjang malam kerana sememangnya tak boleh tidur akibat dentuman kuat mercun bola tu.Tak de benda lain ker budak2 ni nak main.Ye lah itulah tanda kemajuan.
Pagi hari raya, selepas sembahyang raya aku pun bertandang ke rumah sehabat handai,sedara mara.Kalau dibandar, kunjungan lebih kepada sahabat handai dan jiran, tapi dikampong ni aku turun pagi balik malam selama 3 hari berturut2 pun tak habis ziarah saudara mara.Ramai sungguh nak beraya.ak beraya kan ada yang terasa hati nanti.

Sebenarnya raya ramai 2 ni lah yang seronoknya.Kalau angkat air tentulah dua jag tak cukup.Kalau nak goreng mee, tentulah satu kuali besar baru puas hati.BIasalah di kampong aku ni,lemang adalah hidangan utama dan kadangkala ader juga tapai. Tk ketinggalan kuih muih yang anak masing2 bawak balik dari bandar.

ha ha ha SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAAF ZAHIR BATHIN

Older Entries