2 minggu lagi Ramadhan menjelang tiba.Tahun ni aku agak bersedia awal sikit kerana banyak kerja aku dah beres.Cuma ada sikit-sikit jer nak bayar perkara-perkara kecil sebelum Ramadhan tiba.Biasanya Ramadhan ni aku banyak relaks kat rumah tak ade lah sibuk sangat ke hulu ke hilir dan kali ini aku dah sedia awal untuk Ramadhan dan Syawal.
Dengan tibanya Ramadhan tambah lagi umur ku setahun lagi.Ramai kenalan dan sahabat handai yang telah pergi meninggalkan kita.Kita yang masih hidup ni masih sempat untuk menambahkan amal ibadat dan peluang terbaik ialah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kalau di bulan lain aku amat payah untuk berpuasa, tapi di bulan Ramadhan aku rajin sekali..Rasanya seumur hidup aku boleh bilang sebelah tangan jer kalau aku tertinggal atau terbatal puasa.Alhamdulillah tuhan telah kurniakan aku masih sihat tubuh badan dan berupaya beribadat di bulan puasa.
Ingatan ini untuk aku,anak2 dan kaum keluarga serta umat islam seluruhnya.Berbuatlah ibadat sementara kita masih berupaya.Jangan masa sakit baru fikir nak buat baik.
Semoga jumpa lagi Ramadhan..

Advertisements