Perhentian R&R baru saja siap di naiktaraf atau upgraded dan nampaknya agak selesa.Kemudahan yang agak adalah mencukupi dan sesuai untuk berehat.
Dilengkapi dengan surau,bilik air dan gerai makanan dan juga tempat letak kereta yang mencukupi.Namun apa yang merimaskan aku hendaklah keadaan hawa panas di sini.Mungkin kerana di belakangnya ada bukit menyebabkan aliran udara tidak lancar dan memberi hawa panas di R&R ini.Oleh sebab itu aku tawar hati untuk singgah disini terutama waktu tengahari dan meneruskan perjalanan dan mungkin berhenti di perhentian seterusnya iaitu di R&R Genting Sempah.

Dari segi pengamatan aku pihak berkuasa bolehlah menyediakan kipas besar atau pun menanam pokok-pokok peneduh di hadapan parking lotuntuk mengurangkan suasana panas di sini

Bila cuaca dah panas, nak makan pun tak ada selera.

Advertisements