Nilai 3, dengar namanya saja dah gah. Terbayang pelbagai barangan keperluan rumah yang murah dan banyak pilihan.Aku pun teruja nak ke sana.Kalau aku bertolak dari sini, (Kuantan) tentunya agak petang aku akan sampai ke sana dan masa untuk membeli tentunya terhad.Dah tu kalau nak balik semula ke Kuantan tentulah tergesa-gesa.
Itu lah yang menjadi celaru pemikiran ku . Kalau masa di Nilai 3 tu terhad tentulah tak sempat nak tawar menawar (bargain) dan tak dapat pilihan yang terbaik.Tak berbaloi lah aku ke Niai 3 ni.Baik aku pi beli kat bandar Kuantan saja.Nampaknya aku terpaksa bermalam juga kat Nilai 3 ini.Aku pun search la internet mencari keyword Nilai 3.Tak banyak yang aku dapat rupanya dari keyword nilai 3 tu.Rupanya Niai 3 tak lah popular sangat pencariannya di Internet.Tambah lah merumitkan aku nak ke Nilai 3 ni.Aku search pelbagai hotel termasuk menggunakan google map sekali nak tengok berapa jauh Nilai 3 dengan hotel yang aku cadang nak tinggal tu.
Hotel nya ada tapi tak berani confirm samada harganya terlalu mahal atau tak tau keadaan sebenar hotel.Banyak yang aku search pasal hotel dan tidak memberikan penyelesaian kerana ada komen pasal budget hotel.Takkan aku nak tidur kat KL.Yang yang pentingkan sekarang ni adalah berapa masa yang aku dapat dengan pencarian hotel yang sederrhana budget dan manasabah kedudukan hotel dengan nilai 3 ni.Oleh kerana kesusahan yang aku dapat untuk ke Nilai 3 ini aku tulis post ini dengan harapan dapat embantu sesiapa yang nak ke nilai 3 dengan budget yang sederhana.
Setelah membuat pelbagai trial n error aku membuat keputusan untuk tidur di Seremban.Dan keputusan aku memangnya tepat kerana Seremban tidak jauh rupanya dari nilai 3 iaitu kira-kira 30km sahaja.Aku menginap di hotel Seri malaysia Seremban yang sewanya 120- 160 ikut keadaan katil dan hotelnya memang selesa dan bersih.Yang penting tempat parkingnya luas dan selamat.Aku sememangnya mementingkan parking bila pilih hotel ni takut-takut kereta aku kena sonlap atau hilang.Kalau datang dari highway utara selatan nak Hotel Seri Malaysia ni turun di persimpangan atau tol Seremban dan beberapa minit saja nampak hotel Seri Malaysia dari jalanraya.Kedudukan Hotel ni di atas Bukit.
Nak makan pagi tak payah sibuk2 kerana ikut highway antara Nilai dan Seremban ada R & R Seremban di kedua-dua hala dan ini menjimatkan masa.Kalau malam semasa menginap di hotel ni boleh jalankaki sahaja ke restoran sate kat bawah tu.Nak kebandar boleh juga jalan kaki namun aku pilih naik kereta saja.Seelok-eloknya kalau nak tempah hotel hendaklah 2/3 hari sebelum ke sini kerana aku dapati rate of occupancy (Kadar penuh penginapan) di sini agak tinggi,maknanya hotel di sini agak laku.Tol dari Nilai ke Seremban adalah 7.20 sahaja dan turun ke persimpangan nilai yang ada tulis Pajam tu.Lepas tu ikut saja papantanda nilai 3.
Itulah sahaja untuk kali ini,semoga dapat manafaat kita semua dan sesiapa yang pertama kali nak ke Nilai 3.