Hari ini aku meninjau tempat aku dilahirkan dan dibesarkan untuk melihat perkembangan terkini di sini.Kampong ku masih ada namun dikelilingi oleh perkembangan pesat sekitarnya dan ianya begitu

nyata bahawa kampong ku akan lesap dalamasa 5 – 10 tahun akan datang. Lebihkurang 20 keluarga sahaja yang tinggal di kampong Galing ini dan penduduk asal hanya tinggal 4- 5 keluarga sahaja. Itu pun yang sudah separuh abad ke atas.