Nampaknya pertandingan ketua pemuda UMNO makin sengit menjadikan pertandingan antara 2 calon popular iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dengan Khairy Jamaluddin.Jika masing-masing mendapat pencalonan yang cukup iaitu 39 maka pertandingan dua penjuru yang pastinya menarik perhatian seluruh negara bagi dua jaguh ini.Kedua-duanya ada nama, ada kredilibiti, ada penyokong samada peringkat bawah atau atasan,kedua-duanya ada hubungan dengan PM iaitu dengan Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah.

Aku memilih post politik kali ini kerana pertandingan kali ini akan menentukan siapa bakal PMĀ akan datang kerana siapa yang memegang tampuk Ketua Pemuda sekarang akan berpeluang untuk menjadi PM akan datang disebabkan faktor usia yang masih muda.

Perwakilan yang nak mengundi nanti fikirkanlah kemungkinan yang akan berlaku 5 atau 10 tahun lagi sebelum mengundi. Itu pun kalau senario pemerintahan tidak bertukar tangan.

Advertisements