10 hari terakhir Ramadhan cara sambutannya berbeza

Leave a comment

Tinggal 10 hari lagi Ramadhan untuk melabuhkan tirainya. Bagaimana pula kita menyambutnya ?.Tentulah lain orang lain caranya.Beberapa golongan mempunyai alasannya tersendiri bagaimana menyambut 10 hari terakhir Ramadhan.

Golongan pertama menyambutnya dengan memulakan diri dan keluarga untuk shopping pakaian dan kuih raya.Biasanya pakaian rayalah.Perancangan untuk shopping sakan dibuat mengikut tempat.Dimana hari ini nak pergi shopping dan apakah pakaian yang nak di beli.Maklumlah sekarang ni dah dapat gaji dan oleh kerana Raya jatuh sebelum 15hb. maka duit gaji bulan ni lah perlu digunakan untuk perbelanjaan hari raya nanti.Nasib baik ada bonus 500 untuk orang gomen.Orang bukan gomen apahal pulak.

Golongan kedua mula bersiap-siap untuk menghias rumah untuk menyambut hari raya samada cat rumah,beli perabot atau decorate dalam rumah dan sekitarnya.Ada juga dah mula membersih ,potong rumput,cuci longkang di sekitar rumah. Mungkin juga yang mula ubahsuai rumah sebelum puasa,masa nilah terkejar-kejar tukang supaya siapkan rumah tu dengan cepat.Dah nak cepat,duit pun cepatlah.Perancangan awal dan masuk tong sampah.

Golongan ketiga pula mula service dan tambah aksesori kereta atau motor.Kedai tayar dah mula sesak dan caj pun dan berbeza.Yang peliknya tentang enjinnya kurang diambil perhatian.Hai kereta pun nak raya ker.Belum dapat gaji dah put aside banyak mana nak belanja kereta kesayangan.Kadang-kadang melebihi perbelanjaan untuk keluarga.

Golongan keempat ialah golongan yang kurang pengamalnya.Iaitu golongan yang mula menggandakan amal ibadat dan mula mencari malam lailatul qadar.Kalau dulu malam boleh melelapkan mata tapi sekaran dah tak tidur malam.Siang tidurnya hanya untuk mengumpulkan tenaga untuk amal ibadat di malam hari.Apa ibadat dimalam hari?.Banyak sebenarnya boleh dibuat antaranya selain sembahyang tarawih ialah tahajud,hajat,zikir,iktiqaf,quran,sedekah dan lain-lain amal jariah.

Golongan kelima ialah merangkumi golongan-golongan yang sebelum ini.Maksudnya sana sikit sini sikit.Disini kita perlu membahagikan masa dan duit mengikut keutamaan keperluan.Amal ibadat jangan lupa pulak.Kalau tak dapat banyak,sikit pun jadilah.Ini golongan yang biasa dan paling banyak.

Golongan manakah kita bila menyambut 10 malam terakhir Ramadhan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

1000 pengunjung tanpa buat apa-apa

Leave a comment

Hari ini bila aku bukak aku punya blog,aku sudah mendapat 1000 pengunjung tanpa berbuat apa-apa atau menjalankan promosi.Ini adalah perkara yang menggembirakan aku kerana aku ader juga buat post melalui blogspot dan walaupun dengan promosi masih keberatan untuk mencapai target 1000 pengunjung.
Pada aku platform wordpress ini memang menakjubkan.Apa sebenarnya ada pada ramainya pengunjung.Pada blog aku ini memang la tak berapa memberikan apa-apa pulangan selain kepuasan diri, tapi bagi mereka yang ingin me war-warkan apa yang mereka hendakkan sampai ke pengetahuan ramai orang maka platform wordpress ini amat baik.Ini tidak termasuk jika ada lagi alat untuk mempromosikan blog anda.
Bagi yang berniaga amat lah sesuai menggunakan wordpress ini dan ianya adalah percuma.selamat berkarya dan blogging.wassalam.

masakan kampong memang sedap

Leave a comment

Minggu lepas aku balik kampong lagi.Tujuan aku balik kali ini adalah kerana panggilan untuk melihat kebun dan mengambil buah-buahan saperti duku dan durian yang sedang masak meranum.Kalau tak balik ambil sedikit sebanyak buah atau hasil mahsul tersebut maka membazir pulak.
Apa yang aku nak cerita kali ini ialah bila balik kampong tentunya salah satu nya ialah masakan orang kampong.Memang kalau duduk kat kampong ni makanan agak menyelerakan.Hatta kalau makan masakan sardin pun agak menyelerakan.

Masakan lemak putih dengan terung,kacang panjang salah satu masakan biasa di kampong.Ada pulak tu tempoyak dan digandingkan dengan jering,kerdas dan petai.Masakan ikan lampam goreng dah cukup memadai menambahkan selera makan ku.

seronoknya balik kampong musim buah

Leave a comment

Semalam aku balik kampong lagi.Kali ini dengan pemberitahuan bahawa duku dah masak dan durian ada la juga untuk di makan.Aku pun bergegas memberitahu keluarga dan terus pulang petang itu juga.Ini adalah kerana aku rasa semasa Ramadhan aku dah tak larat atau malas nak ke kebun.Maklumlah banyak lagi benda nak di buat.

Durian ni senang ajer .Tak perlu lah nak panjat sampai ke atas pokok tu.Memadai lah dengan kutip buah durian yang gugur dibawah pokok dan sekitarnya tu. Kalau semalam tu hujan lagi banyak lah buah durian yang gugur ke bumi dan lagi banyak lah hasil nya.

Untuk dapatkan buah duku ni lain lak.Kena lah panjat samada panjat sendiri atau upah orang lain panjat.BIasanya budak-budak kampong atau yang mana badan kurus leh lah panjat.Kalau tak gedebam ke bawah kan susah.Upah panjat ni untuk sebatang pokok biasanya 30 ringgit. Masalahnya nya sekarang harga duku merudum .Kat kampong aku ni 80 sen sekilo, jadi nak ambik duku nak jual pun malas. Kalau makan pun bukannya habis satu pokok.Biasanya aku ambik dan sedekah kat member-member saja.
Duku ni kena cepat bahagi-bahagikan kerana tak tahan lama.Dalam 2/3 hari dan mula nak pecah dan rosak.Kalau nak tahan lama simpan dalam peti sejuk (tempat sayur tu).
Durian pun macam tu juga,Kalau lama kit dah tak sedap.Sebab tu lah orang kampong biasanya sediakan atau buat
tempoyak.Ermmm baunya menyelerakan sampai kat sini lagi.

menjelang Ramadhan dah shopping keperluan raya

Leave a comment

Ramadhan tinggal seminggu lagi dan umat islam mula berkira-kira untuk membuat persiapan menyambut Ramadhan.Pelbagai persiapan perlu dilakukan terutama dengan kadar kenaikan harga barangan yang tidak menentu masa dan ketika, tindakan atau congak untuk membeli barangan keperluan hendaklah tepat dan pantas.
Sekarang ni adalah masa sesuai untuk mula membeli barangan keperluan bukan saja untuk Ramadhan tetapi terus beli untuk menyambut Raya.
Keperluan untuk Ramadhan saperti biasalah adalah:

1. Kurma.
2. Persediaan untuk tarawih samada pakaian,rujukan,bacaan.
3. Jadual persediaan juadah berbuka dan sahur (aku biasa buat jadual kerana tak susah orang rumah masak2)
4. Jus,manisan,kordial (lebih jimat buat air sendiri kat rumah dari beli)
5. Pastikan gantian puasa dah habis atau sediakan beras nak sedekah.(biasanya orang pompuan)

Keperluan raya yang dah boleh beli sekarang ialah:

1. pakaian anak2 atau baju melayu (sekarang ni banyak pilihan dan masih murah)
2. Keperluan buat kuih(mana yang mampu dah buat tempahan kuih)
3. Pakaian sendiri yang terpenting/mesti ada masa raya misalnya saperti baju melayu dan baju kurung
termasuk aksesori butang,selendang,songkok,beg,kasut dan sebagainya.
4. cat-cat (sesiapa yang cat rumah)
5. hiasan rumah (langsir,perabot,kerusi meja,lampu dll)
6. Tayar kereta dan yang seumpamanya( kalau nak servis bagus awal2 sebab nanti tak sempat.
7. Tiket samada bas, KTMB,kapalterbang dan sebagainya.

Tak kiranya lah apa bendanya yang penting mesti dirancang teliti dan jimat cermatnya.Semoga bertambah seri menyambut Ramadhan dan Hari Raya hendaknya.\

Dah setahun Asri Rabbani meninggalkan kita

Leave a comment

Diam tak diam, dah hampir setahun Saudara Asri dari kumpulan Rabbani meninggalkan kita.Rasanya baru saja Allahyarham pergi.Tanggal 14hb Ogos ini genaplah setahun pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan diharapkan keluarga Allahyarham terus cekal dan memajukan diri untuk tahun-tahun seterusnya.
Semoga rohnya Ustaz Asri dicucuri rahmat hendaknya.Di imbau kembali ustaz Asri rebah ketika hendak melancarkan /menjalani program syahadah di TV3 sempena menyambut Ramadhan seterusnya meninggal dunia.

Dilihat juga disekeliling kita, ramai sahabat taulan yang telah hilang dari pandangan mata kita dan pergi ke rahmatullah.Semoga Ramadhan kali ini dapat membuat kita lebih tenang dalam menjalani ibadah puasa dan yang berkaitan .Perbanyakkan amalan kita untuk bekalan hari akhirat nanti.Peluang dibulan Ramadhan ini datang setahun sekali dan seharusnya digunakan sebaik mungkin.
Ibadah tarawih amat sinonim dengan Ramadhan dan teruskan amalan murni dengan bersedekah dan membaca Al Quran sebaik mungkin.Ini juga aku tujukan kepada diriku dan anak-anakku sekalian.

Ramadhan datang lagi 2010

Leave a comment

2 minggu lagi Ramadhan menjelang tiba.Tahun ni aku agak bersedia awal sikit kerana banyak kerja aku dah beres.Cuma ada sikit-sikit jer nak bayar perkara-perkara kecil sebelum Ramadhan tiba.Biasanya Ramadhan ni aku banyak relaks kat rumah tak ade lah sibuk sangat ke hulu ke hilir dan kali ini aku dah sedia awal untuk Ramadhan dan Syawal.
Dengan tibanya Ramadhan tambah lagi umur ku setahun lagi.Ramai kenalan dan sahabat handai yang telah pergi meninggalkan kita.Kita yang masih hidup ni masih sempat untuk menambahkan amal ibadat dan peluang terbaik ialah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kalau di bulan lain aku amat payah untuk berpuasa, tapi di bulan Ramadhan aku rajin sekali..Rasanya seumur hidup aku boleh bilang sebelah tangan jer kalau aku tertinggal atau terbatal puasa.Alhamdulillah tuhan telah kurniakan aku masih sihat tubuh badan dan berupaya beribadat di bulan puasa.
Ingatan ini untuk aku,anak2 dan kaum keluarga serta umat islam seluruhnya.Berbuatlah ibadat sementara kita masih berupaya.Jangan masa sakit baru fikir nak buat baik.
Semoga jumpa lagi Ramadhan..

Older Entries Newer Entries