Minggu lepas aku balik kampong lagi.Tujuan aku balik kali ini adalah kerana panggilan untuk melihat kebun dan mengambil buah-buahan saperti duku dan durian yang sedang masak meranum.Kalau tak balik ambil sedikit sebanyak buah atau hasil mahsul tersebut maka membazir pulak.
Apa yang aku nak cerita kali ini ialah bila balik kampong tentunya salah satu nya ialah masakan orang kampong.Memang kalau duduk kat kampong ni makanan agak menyelerakan.Hatta kalau makan masakan sardin pun agak menyelerakan.

Masakan lemak putih dengan terung,kacang panjang salah satu masakan biasa di kampong.Ada pulak tu tempoyak dan digandingkan dengan jering,kerdas dan petai.Masakan ikan lampam goreng dah cukup memadai menambahkan selera makan ku.

Advertisements