Semalam aku balik kampong lagi.Kali ini dengan pemberitahuan bahawa duku dah masak dan durian ada la juga untuk di makan.Aku pun bergegas memberitahu keluarga dan terus pulang petang itu juga.Ini adalah kerana aku rasa semasa Ramadhan aku dah tak larat atau malas nak ke kebun.Maklumlah banyak lagi benda nak di buat.

Durian ni senang ajer .Tak perlu lah nak panjat sampai ke atas pokok tu.Memadai lah dengan kutip buah durian yang gugur dibawah pokok dan sekitarnya tu. Kalau semalam tu hujan lagi banyak lah buah durian yang gugur ke bumi dan lagi banyak lah hasil nya.

Untuk dapatkan buah duku ni lain lak.Kena lah panjat samada panjat sendiri atau upah orang lain panjat.BIasanya budak-budak kampong atau yang mana badan kurus leh lah panjat.Kalau tak gedebam ke bawah kan susah.Upah panjat ni untuk sebatang pokok biasanya 30 ringgit. Masalahnya nya sekarang harga duku merudum .Kat kampong aku ni 80 sen sekilo, jadi nak ambik duku nak jual pun malas. Kalau makan pun bukannya habis satu pokok.Biasanya aku ambik dan sedekah kat member-member saja.
Duku ni kena cepat bahagi-bahagikan kerana tak tahan lama.Dalam 2/3 hari dan mula nak pecah dan rosak.Kalau nak tahan lama simpan dalam peti sejuk (tempat sayur tu).
Durian pun macam tu juga,Kalau lama kit dah tak sedap.Sebab tu lah orang kampong biasanya sediakan atau buat
tempoyak.Ermmm baunya menyelerakan sampai kat sini lagi.

Advertisements