Ramadhan tinggal seminggu lagi dan umat islam mula berkira-kira untuk membuat persiapan menyambut Ramadhan.Pelbagai persiapan perlu dilakukan terutama dengan kadar kenaikan harga barangan yang tidak menentu masa dan ketika, tindakan atau congak untuk membeli barangan keperluan hendaklah tepat dan pantas.
Sekarang ni adalah masa sesuai untuk mula membeli barangan keperluan bukan saja untuk Ramadhan tetapi terus beli untuk menyambut Raya.
Keperluan untuk Ramadhan saperti biasalah adalah:

1. Kurma.
2. Persediaan untuk tarawih samada pakaian,rujukan,bacaan.
3. Jadual persediaan juadah berbuka dan sahur (aku biasa buat jadual kerana tak susah orang rumah masak2)
4. Jus,manisan,kordial (lebih jimat buat air sendiri kat rumah dari beli)
5. Pastikan gantian puasa dah habis atau sediakan beras nak sedekah.(biasanya orang pompuan)

Keperluan raya yang dah boleh beli sekarang ialah:

1. pakaian anak2 atau baju melayu (sekarang ni banyak pilihan dan masih murah)
2. Keperluan buat kuih(mana yang mampu dah buat tempahan kuih)
3. Pakaian sendiri yang terpenting/mesti ada masa raya misalnya saperti baju melayu dan baju kurung
termasuk aksesori butang,selendang,songkok,beg,kasut dan sebagainya.
4. cat-cat (sesiapa yang cat rumah)
5. hiasan rumah (langsir,perabot,kerusi meja,lampu dll)
6. Tayar kereta dan yang seumpamanya( kalau nak servis bagus awal2 sebab nanti tak sempat.
7. Tiket samada bas, KTMB,kapalterbang dan sebagainya.

Tak kiranya lah apa bendanya yang penting mesti dirancang teliti dan jimat cermatnya.Semoga bertambah seri menyambut Ramadhan dan Hari Raya hendaknya.\

Advertisements