Diam tak diam, dah hampir setahun Saudara Asri dari kumpulan Rabbani meninggalkan kita.Rasanya baru saja Allahyarham pergi.Tanggal 14hb Ogos ini genaplah setahun pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan diharapkan keluarga Allahyarham terus cekal dan memajukan diri untuk tahun-tahun seterusnya.
Semoga rohnya Ustaz Asri dicucuri rahmat hendaknya.Di imbau kembali ustaz Asri rebah ketika hendak melancarkan /menjalani program syahadah di TV3 sempena menyambut Ramadhan seterusnya meninggal dunia.

Dilihat juga disekeliling kita, ramai sahabat taulan yang telah hilang dari pandangan mata kita dan pergi ke rahmatullah.Semoga Ramadhan kali ini dapat membuat kita lebih tenang dalam menjalani ibadah puasa dan yang berkaitan .Perbanyakkan amalan kita untuk bekalan hari akhirat nanti.Peluang dibulan Ramadhan ini datang setahun sekali dan seharusnya digunakan sebaik mungkin.
Ibadah tarawih amat sinonim dengan Ramadhan dan teruskan amalan murni dengan bersedekah dan membaca Al Quran sebaik mungkin.Ini juga aku tujukan kepada diriku dan anak-anakku sekalian.

Advertisements