Kenapa sungai galing masih kotor?.Itu yang menghairankan aku. Hari ini aku berpeluang melihat keadaan sungai galing dan yang mengejutkan aku keadaan sungai galing masih kotor malahan  boleh dikatakan belum berubah.

Memang banyak usaha telah dijalankan untuk membersihkan sungai galing oleh pelbagai terutama oleh JPS Pahang namun ikhtiar cara lain perlu dilakukan ke atas sungai galing ini.

Lihatlah gambar yang aku ambil hari ini 25/4/2010 dan bandingkan gambar aku 2 tahun dulu.Masih mendukacitakan.

Advertisements