Zaman sekarang ni,semuanya pakai duit.Hatta nak buang air pun pakai duit apatah lagi nak makan.Agaknya apa benda nya yang tak pakai duit.Sekarang ni buang air pun kena duit berbeza-beza ikut tempat.Ada yang 20 sen ada yang 30 sen ada yang satu ringgit dan ada yang lebih.

Kiranya sekarang ni buat bilik air untuk disewakan pun boleh buat duit.Baru-baru ni aku ke Low Yatt nak survey la komputer kalau ada yang murah.Selepas survey nak pergi bilik air .Kami dalam 3 orang .Sampai kat pintu bilik air nampak papan tanda kenaan bayaran seorang 1.00 ringgit.Tergaru-garu juga kepala otak ni.Boleh minum 2 cawan air ni.Masing-masing pikir 4/5 kali nak masuk.Tak apa la aku masuk.Bukan apa nak tengok apa benda yang mahal sangat.Mungkin kualiti tandas ni lain kot.Masuk ke dalam tandas aku tengok macam tandas biasa ajer,macamana boleh mahal pulak.Agaknya tempat ni eksklusif  orang orang ada kelas sikit.

Apa yang aku dapat simpulkan ialah duduk di kl ni kena ada duit sebab nak buang air pun kena pakai duit dan harganya boleh minum secawan teh atau kopi.Dan juga pendapatan orang kat kl ni juga agak lumayan dan banyak jika dibandingkan ngan tempat lain.apatah lagi kalau rajin berusaha.

Advertisements