Musim banjir ni macam-macam boleh berlaku. Selain kita mungkin kehilangan harta benda dan ternakan,nyawa mungkin boleh juga melayang jika tidak berahati-hati semasa musim banjir.

Sekarang ni musim tengkujuh,jadi hujan boleh katakan hari-hari turun dengan lebat.Paras air tali air atau sungai mudah naik mendadak.Selain itu pengaliran aliran agak deras dan merbahaya kepada manusia terutama kanak-kanak.

Begitulah nasib kanak-kanak berumur 3 tahun dekat dengan kampong aku ni. Pabila perkara ini terjadi macam-macam kesusahan akan menimpa buat kaum keluarga dan juga masyarakat setempat.Semasa aku post tajuk ni,usaha mencari masuk hari ke 2 dan masih belum dijumpai mayat budak 3 tahun tersebut yang jatuh ke tali air akibat air deras.

Pelbagai agensi terlibat dalam gerakan mencari mangsa. Tengku Puan Pahang juga berkenan berangkat ke tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa.Berita penuh selanjutnya.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.Ingatlah nyawa apabila tiba musim banjir.JUga masa-masa lain.

Advertisements