Blog 141kalau dah macam ni nampaknya dah boleh bersiap-siap dan berkemas-kemas

untuk pindah ker.Musim banjir apa nak buat..emmmm sekarang ni dah hujan

hari-hari,tandanya dah musim banjir la ni.Aku masa tak ader sedia apa lagi

walaupun tempat aku ni area banjir,tapi tak ada tanda-tanda lagi.

Kalau air dah naik sikit tu biasanya aku kemaskan motor honda cup aku dan round sikit tengok air.

motor honda cup ni lasak sikit kalau redah air.Tahun ni aku dah ader jeep,jadi aku round ngan jeep

ajer la. Lepas round tengok banjir tempat orang,ada masa minum dulu pekena teh tarik/kopi O dan

roti canai.Gitu ler…aku ni banyak masa relaks leh lar ronda-ronda.

Aku ingat hari ni aku nak ke kampong aku dulu arr.Kampong Galing,rasanya air sungai Galing tu dah

tinggi masa ni.Masa aku kecik2 dulu Sungai Galing ni aku berenang melintas hanya untuk kutip kelapa

hanyut sebab di hulu sungai banyak kebun kelapa.So dapat kelapa free la.Budak2 sekarang ni takut

mandi sungai ni.Mungkin kurang pendedahan kot.Orang kampong macam aku ni dulu sungai tu la

tempat bersantai dan serba guna katakan.

Ye la,musim banjir ni mengingatkan aku nostalgia lama yang menyeronokkan,sebab tu aku suka sangat

kalau sungai Galing ni dapat dibersihkan dan dijernihkan supaya sungai ni dapat dijadikan salah satu

elemen yang menenangkan jiwa dan sumber inspirasi.Tak de ler nak shopping kompleks ajer,Dah naik

jemu aku kalau ke shopping kompleks.

Mana-mana yang ada perahu kecil,mula semak kebocoran.Nanti masa nak pakai dah kena timba air macam

cerita Gilligan island. Ada juga sebilangan penduduk kat sini yang ader perahu kecil/sampan.

Sesiapa yang minat memancing,masa ni la bersiap -siap dengan joran pancing dan memang seronok agaknya

memancing musim banjir.Aku ni minat tengok ajer,memancing tu jauh sekali.

Kalau cari ubi rebus leh juga masa ni.Pekena ubi rebus dengan nyok/kepala parut.Kelapa parut tu isi garam

dan gula sikit.Emmm sedap hingga menjilat pinggan..

Aku rasa yang penting masa ni sediakan lampu suluh dan lilin.Standby,manakan tau .Biasa nya masa la dia

orang nak blackout.Musim banjir ni kalau blackout kan haru biru.

Ader orang musim banjir ni sedap tidur.Tarik selimut tebal tu dan berkerubung.Baju sejuk dah ader ker.

Masa aku kat kampong dulu ,musim banjir ni mulalah tangkap ayam dan itik dan kurung la satu reban.Tangkap

deme bukannya nak makan tapi bagi mike  shelter/tempat perlindungan.Itik tu tak aper le juga tapi risau juga

ade orang sembelih .Musim banjir ni kan lapar.Siap pasang mentol lagi bagi mereka panaskan diri.He he he.Ni

yang seronoknya duduk kampong,

Kalau ader pokok mempelam tu masa ni la banyak buah gugur.Leh buat sambal atau makan colek(bahasa Trg).

Musim banjir nak buat apa.tunggu banjir dulu…

Advertisements