Kebiasaan kita dengar perkataan makmurkan masjid di utarakan oleh banyak orang.Aku tertarik juga dengan prasa ini dan tertarik juga dengan tindakan AJK masjid lama permatang badak yang menyediakan air samada sirap atau teh untuk jemaah yang mengerjakan sembahyang jumaat tiap kali hari jumaat.

Aku rasakan perkara ini boleh dicontohi oleh masjid lain kerana dari segi kutipan hari jumaat biasanya kutipan melebihi 500 ringgit dan kos untuk menyediakan air minuman free ni agak2 dalam 20-30 ringgit aje. Jemaah kat sini pun buan ramai sangat.Apa yang menarik perhatian aku ialah masjid ni dah nama masjid lama dan baru dibaikpulih,besarnya pun tak besar mana,tambahan pula baru sebulan dua diluluskan untuk sembahyang jumaat tapi dah boleh melaksanakan inovasi simple yang menarik jemaah dan menyelesakan.

Aku rasa konsep friendly mosque adalah sesuai untuk menarik kanak-kanak dan golongan muda terutamanya untuk selesa pergi ke masjid.Sekarang ni masa azan maghrib berkumandang,anak-anak muda masih duduk atas motor dan berborak serta langsung terdetik untuk mengingat untuk ke masjid.Mungkin masjid bukan tempat sesuai dan tidak selesa untuk mereka.

Tarikan golongan ini ke masjid  akan menjadi pemangkin dan penggalak kemakmuran masjid sebab mereka mudah terpengaruh dan mudah menperngaruhi antara satu sama lain.Tidak teringin kah kita golongan ini satu masa nanti akan tergilakan ke masjid saperti mana mereka tergilakan konsert sure heboh dan seumpama dengan nya.

Sedia air untuk jemaah di masjid nampak benda kecil, tapi bagi aku ianya sebagai titik permulaan untuk menarik dan menyelesakan mereka ke masjid kerana yang guna kemudahan ni nampaknya mereka juga.Banyak lagi perlu dilakukan sekarang kerana zaman rasulullah dulu masjid adalah pusat untuk segala-gala nya. Renung-renung kan.

Advertisements