Tup-tup dah nak Raya pulak.Letih Raya Puasa baru nak hilang dah nak Raya Haji.Inilah dunia sekarang.Masa begitu cepat berlalu.Aku ingat Raya Haji tahun ni nak korban lah.Aku tengah pikir nak cari lembu nak masuk korban.Ingat satu bahagian pun dah jadilah.

Raya Haji ni kalau tak korban tak meriah.Aku dok duduk Kuantan ni dah lama,tapi makin lama aku tengok makin hilang seri Raya Haji ni.Tapi kat Terengganu aku tengok ukan main meriah Raya Haji ni.Memang ler meriah kerana setiap kampong tu mesti ada yang buat korban.Masa ni lah sanak saudara berkumpul dan berjumpa.Bila dah jumpa tu macam-macam cerita la timbul.

Amalan korban kalau tak diamalkan dan dipergiatkan maka hilang seri Raya Haji (Raya Korban).Oleh kerana Raya Haji ni singkat cuti nya bagi yang kerja.Kalau yang swasta tu kadangkala tak cuti langsung.Ini juga penyebab hilang nya seri Raya Haji ni .

Budak-budak malas nak raya kerana tak dapat duit raya.Biasanya raya haji orang tak bagi duit masa ziarah.Tapi aku semacam ajer bagi duit.Apalah nak kira sedekah tu ,Raya puasa ker Raya Haji ker sama ajer.Niat sedekah kat budak-budak.Seronok jugak demo beraya .Biar tambah seri raya Haji ni.

Satu lagi yang aku tengok,bila Raya Haji ni kuih pun takada.Malas agaknya nak buat kuih.Kalau malas beli ajer.Sedekah kat sahabat handai makan.

Raya haji dah dekat, mana hilang serinya..Renung-renung kan lah.

Advertisements