Jemaah Haji Malaysia telah mula berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji.Yang menarik perhatian aku ialah bagaimana agaknya persediaan setiap jemaah haji pabila musim H1N1 masih melanda seluruh dunia.Tentunya langkah persediaan adalah lebih berhati-hati.

Aku juga tertarik dengan tajuk kecil akhbar hari ini yang menyatakan Obama telah mengistiharkan darurat di US kerana H1N1 ini.Aku berdoa semoga jemaah haji kita dapat menuruti prosidur oleh Tabung Haji dan Kementerian kesihatan untuk mencegah wabak ini menular di Mekah dan Madinah.Tak dapat dibayangkan jika wabak ini melanda dua bandar ini dimusim haji.

Juga difahamkan jumlah jemaah haji yang mengerjakan haji  dikebanyakkan negara berkurangan akibat wabak ini. Mungkin langkah berjaga-jaga perlu untuk kebaikkan semua.Semoga mereka semua selamat berangkat ke tanah suci dan juga selamat balik ke negara ini.

Advertisements