Sekarang ni hari-hari hujan saja.Aku ingat dah tiba tibalah musim banjir.Lagi pun kat kampong aku ni dah lama tak banjir.Sebut saja musim banjir, kenalah buat persiapan.Saperti biasalah aku prepare mana yang patut:

a. Memang barang berat aku tak letak aras bawah,nanti tak sempat nak angkat.

b. Aku letak meja,mesin basuh peti sejuk dan benda senang nak angkat.Peti sejuk aku dulu tenggelam juga tapi ok boleh pakai lagi.

c. Buku-buku dan pinggan mangkuk yang berat tu bungkuscepat dan simpat tempat tinggi kit.

d. Perabot tempat rendah tu biasalah samada beli yang murah atau yang jenis kayu( tak reput bila berendam air).Yang murah        bukannya aper, kalau dah jadi macam biskut buang sajer.Menyemakkan rumah boleh lah.

e. Motor,kereta dan kenderaan lain sediakan tempat nak letak bila banjir melanda,Kereta boleh lah booking tempat letak kereta yang tinggi.Macam aku parking bay aku ni dah melebihi paras banjir.Tak payah ler nak alih kereta.Mana-mana yang pakai motor atau basikal,cuci bersih-bersih wat naik atas rumah aras yang tinggi.

f. Jika banjir melebihi jangkaan,preppare batu-batu sebab nak alas bila nak naik aras kereta atau tempat motor.Kalau saper rajin sediakan tongkan tong drum dalam 4-6 biji nak buat pelampong(Itu pun jika banjir melebihi jangkaan).

g. Kalau kena juga banjir dan enjin dah kena air.Prepare lah panggil  pomen nak tukar minyak hitam.Jangan start kenderaan .

h.Mana yang ada duit pergi parking awal-awal kenderaan kat shopping kompleks ker atau rumah saudara mara pabila air dah mulai naik dan dijangka akan naik lagi.

i. Prepare juga nak pindah ke hotel murah(budget hotel).Mana la tau.Kena cuba prepare pakaian awal2.

Macam aku ni dah biasa banjir dari kecil tak susah sangat.Semuanya dalam kepala.Kalau dulu musim banjir seronok jugamandi sebab air tak berapa kotor,tapi sekarang ni air banjir ni agak kotor dan tak sesuai untuk berseronok .Kalau gian sangat terjun jugak.

j.Sekarang ni yang paling penting,Sediakan barangan makanan asas saperti beras,mee,ciliboo,sardin,roti untuk makan pabila terputus hubungan akibat banjir.Pada aku ni yang paling penting.Juga sediakan lilin jika blackout.

k.Jika biasanya banjir dijangkakan melebihi paras tingkap.Pindah lah cepat-cepat dan ambil saja pakaian yang dah prepare tadi.Tak payah la nak ambil risiko.Dapat juga makan free.

Advertisements