Semalam aku ke Kuala Lumpur dan berhajat singgah di Jalan TAR (Jalan Tuanku Abdul Rahman) untuk shopping sikit.Aku fikir2 kat mana nak parking kereta ni.Siusah juga sebab tempat parking biasanya ramai orang dan tak berapa selesa nak bergerak.Semasa melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman aku terlihat Pasaraya SOGO.Aku pernah shopping kat sini dan parking kereta kat sini. Aku pun masuk Parking SOGO. Aku tercari-cari tempat parking dan dalam 5 minit aku dah dapat Parking.Ok juga.Tempat ni selesa dan di aras B1 ada surau sekali dan pun terus bergegas ke surau untuk sembahyang zohor.Selesa juga surau kat sini dan memang berbaloi kalau Parking kat sini.Sogo ni dekat dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.Dalam SOGO ni sendiri ada tempat makan di level 6.Cantik juga siap ada air terjun lagi.Tapi makanan agak mahal sikit.Tapi kat Jalan Tuanku Abdul Rahman sendiri pun banyak kedai makan. Tu la.Kalau aku susah nak cari parking, aku parking kat SOGO aje lain kali.Senang,selesa dan mudah bagi aku la.Tak takut dah hujan ker, banjir kilat ker.Senang nak sembahyang, makan,shopping dan nak bergerak .

Advertisements