Lama juga rumah kayu aku ni tak bercat…2 tahun pun cat dah pudar.Aku ingat nak samakan warna dengan rumah batu  aku tu.Cat rumah batu aku warna merah darah ikan.tak ade la merah sangat.Rumah kayu aku tu warna kuning pucat.Begitu juga dengan pagar aku warna kuning pucat.So lepas raya ni aku ada masa sikit ,aku ingat nak cat warna merah darah ikan rumah kayu aku tu.

Cat rumah kayu ni senang pakai roller kecil ajer.Cepat pun.Sebelum raya aku tak sempat nak cat kerana sibuk.Lagi pun aku balik kampong.nak cat cepat2 saper pulak nak beraya.Hantu la beraya.

Ni kira persediaan untuk raya haji la pulak.Jarang benar orang bersiap beriya2 untuk raya haji.Aku pun tak tahu sebab aper.Sebenarnya raya haji lebih besar dari raya puasa.Raya haji ni kalau jadi aku kena juga balik kampong sebab kat kampong raya haji memang meriah.Rumah kat kampong tu aku sempat juga cat sikit masa raya baru ni.Bolehlah sambung kerja cat aku tu.Aku cat warna kuning manggo.Ok juga.Tak der lagi kat kampong tu rumah cat warna kuning manggo.

Raya haji kat sini tak meriah pun ,cuma raya pertama jer orang raya itupun ala kadar jer. Meriah lagi buat kenduri hari jadi..

Sikit lagi aku nak beli cat la.Sementara tunggu tukang datang nak renovate depan sikit tu,aku celoteh kat post aku ni.

Advertisements