Pilihanraya Bagan Pinang akan berlangsung tak lama lagi.Nampaknya semenjak Pilihanraya kecil lepas BN masih jauh ketinggalan dari pencabar sinonim nya PR.Adakah BN akan tersungkur lagi.Di atas kertas BN akan menang mudah,tetapi dalam pilihanraya kecil apa-apa pun boleh terjadi.

Aku katakan UMNO perlu menang di Bagan Pinang kerana beberapa sebab.Walaupun bukan UMNO yang bertanding dikawasan tersebut jika UMNO menang maka menanglah BN dan bermakna UMNO masih kuat dan relevan kepada rakyat.Jika UMNO kalah maka kalahlah BN dan perubahan besar perlu dilakukan.

Aku ada dengar jugak orang politik berborak dikedai kopi.Faktor kekalahan UMNO kali ini jika berlaku adalah kerana faktor calon kerana isyarat yang diberi bahawa perubahan hala tuju tak akan berlaku dan jika menang pun kerana kerja kuat jentera pilihanraya dan sokongan kerajaan.Ada kemungkinan juga sabotaj berlaku.

Aku kira UMNO perlu kerja keras dan kuat untuk menunjukkan UMNO sudah berubah menjadi lebih baik.Banyak teguran keras terutama dari Mantan PM dr.mahathir perlu diambilkira untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.Aku sebenarnya malas menulis bab politik ni kerana aku bukan orang politik tapi sesuatu perlu dilakukan sekarang demi Agama,Bangsa dan Negara.Memanglah perkara ini saperti ubat pahitnya.Ditelan mati emak diluah mati Bapak,tapi sesuatu perlu dilakukan segera.Samada nak melihat wawasan 2020 berkubur cepat atau lambat.

Jika ianya berlaku, alangkah sayangnya..what a waste…ruginya masa,tenaga,wang ringgit telah banyak dicurahkan.Landasan yang dibuat oleh PM terdahulu telah disediakan..kenapa perlu ditangguhkan lagi perlaksanaannya.Kita sudah tiada masa.

Ayuh buat lah pilihan tepat.Berilah isyarat jelas supaya sesuatu perlu dilakukan.

Advertisements