Biasanya kalau aku on the way ke KL,memang aku singgah jap kat R&R Temerloh.Terutamanya waktu pukul 12.00 lebihkurang waktu makan.Aku memang tercari-cari ikan sungai kat sini.Oleh kerana aku dah biasa makan ikan patin sungai,aku cari kelainan sikit kat sini.Memang ikan kerai sungai tak terlepas dari cengkaman aku.Kat sini ikan kerai sungai ni biasanya dimasak lemak cili api.Oh…memang berasap telinga.

Kat sini ikan kerai ni djual 12 ringgit sekeping.Sedapnya tak terkira.Kalau saper-saper singgah di R&R temerloh ni cubalah ikan kerai sungai pahang ni.Mana nak cari ikan kerai kalau tak kat R&R temerloh ni.Ikan kerai sedap hingga menjilat jari alamatnya.

Advertisements