3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya.Biasalah  program balik kampong ni bermain-main di fikiran setiap insan yang asalnya dari kampong.Ramai juga para perantau yang nak balik ke kampong sempena hari raya.Aku mengalu-alukan perantau yang berusaha balik ke kampong.

Pulang lah perantau.itulah seruan ku untuk kemanakanku dan saudara mara ku.Kita meriahkan suasana raya di kampong.Kalau di bandar tu dah biasa meriah dah.Banyak sebab untuk perantau balik kampong.

1. Untuk menjengok kedua ibu-bapa yang lama dengar berita atau tak bertemu muka.Dapat juga merasakan air tangan masakan

kampong yang disediakan.Kita dapat sama-sama jaga kesihatan sikit.

2. Mana-mana yang tiada ibubapa,boleh lah jengah ke kuburnya.Ziarah dan bersihkan kubur,seterusnya mendoakan mereka .

Nanti kalau lama-lama tak jumpa pulak mana kuburnya.

3. Dapat juga menjalani aktiviti sembahyang terawih(mana yang balik awal) dan sembahyang raya kat kampong.Jumpa tok bilal,

tok imam dan kawan yang biasa kita kenal.Kalau nak bayar fitrah pun elok juga kat kampong.

4. Kalau yang baru kahwin,dapat juga membawa menantu jumpa ayahanda dan bonda dan beraya dengan mereka,yang lama

dah kahwin bawalah anak untuk jumpa atok dan nenek mereka.Lepas rindu dendam mereka.

5. Mana-mana yang lama tak menjalankan aktiviti kampong,bolehlah cuba mandi sungai,sembelih ayam,bakar lemang,anyam

ketupat,masak rendang.Ye la,lama tak buat benda ni bagus juga.Ada juga exercise kata orang bersih halaman rumah.

6. Sesiapa yang belum kahwin,bolehlah memperkenalkan bakal menantu pada sedara mara.Manalah tau berkenan diaorang

kat calon yang dibawa. Walaupun sebelum ni dah banyak bawa calon.

7.Ada juga yang beli kereta baru atau bertukar dari lori ke kereta,elok juga tayang kereta baru kat mak bapak.Sejuk juga hati

mereka.Dah beli kereta baru nya anak aku.Ader ler duit sikit tu kot.Dapat ler tempias sikit kat mereka.

8. Bagi yang gian nak main mercun dan bungaapi dan kat badar takut nak main,bolehlah gamatkan heningan kampong. kalau ada

sikit boleh lah beli lampu kelip-kelap..sedekah kat rumah kat kampong.

Pulanglah perantau ke kemapong.Tak ira la samada jalan kaki ,naik bas,balik lori,naik kereta lembu..balik lah.Pulang lah perantau untuk berhari raya.Hati-hati di jalanraya.

Advertisements