Aku tinjau lagi keadaan sungai galing.Nampaknya agak bersih kerana banyak perangkap sampah sudah dipasang dan ianya berfungsi baik,namun tahap kebersihannya masih tak memuaskan hati memandang.Masih banyak lagi perlu dilakukan walaupun kos menjaganya mungkin agak tinggi.Ianya perlu dilakukan berterusan kerana sungai galing merupakan sungai mangsa air buangan begitu banyakdari  kawasan perumahanberhampiran  dan ianya akan bertambah cemar dari tahun ke tahun. Oleh kerana itu tahap penjagaannya perlu dipertingkatkan.

aku dah kata dulu ,nak lihat sungai galing bak sungai Melaka.Nampak macam mustahil tapi tak mustahil untuk mencapainya.

Tahniah JPS kerana ada usaha untuk menjaga tahap kebersihan sungai galing ni.Teruskan menjaga sungai kita kerana sungai adalah salah satu warisan semulajadi yang cantik jika ianya diselenggara dengan baik.

Advertisements