15 hari lagi kita nak sambut raya dan makna nya raya dah dekat dan banyak kerja nak kena buat.Agaknya apa kerja nak buat.So sebelum kelam kabut kabut aku senaraikan kerja aku ni dan boleh kongsi sama oranglain:

a. Bersih kawasan rumah-sapu sampah,buang rumput rampai,daun-daun jatuh.biasanya aku buat 2 hari sebelum raya.

b. Bersih longkang-biasalah bagi air mengalir -Ini pun aku buat 2/3 hari nak raya.

c. Cat pagar dan pintu pagar – Ini kalau perlu sangat.Tengah fikir warna aper tahun ni.

d. Cat dalaman rumah – Raya tahun ni aku tak nak cat lagi kot.Mungkin lepas raya.

e. Cat bahagian luaran -Cat ni masih baru.mungkin tak cat tahun ni.Cat ni kalau nak tahan lama beli yang elok sikit.

f. potong dahan dan pangkas pokok buah atau hiasan – ni boleh buat minggu ni.\

g. Bersih tempat longgokan sampah-aku buat petang/malam raya.Biasanya sampah tak habis bakar aku masuk karung plastik dan buang.Longgokan tanah baja tu aku bubuh kat pokok atau ratakan. Kejap ajer kerja ni 10 minit jer.

h. Bersih bahagian hadapan.Entrance masuk rumah.Ni aku buat petang raya atau malam raya.Buat awal-awal, nanti bersepah pulak.

i. Bersih pagar kiri kanan.Kalau pagar batu tak payah ler.Pagar aku pagar chain link.Banyak pokok merayap.So kena gunakan gunting, cepat sikit.

j. Pasang lampu kelip-kelap.Kalau dulu aku pakai lampu yang biasa orang pakai tu.Hijau,merah,biru ,kuning,jadi memang kena pasang baru setiap tahun sebab tak tahan cuaca.Pakai sekejap dah blow.Lepas tu aku beli yang warna oren tu(mentol dia dalam tiub getah) mahal sikit jer.Memang tahan lama.Jadi tahun ni aku tak tukar,cuma mungkin nak tambah panjang jer.

k. Pasang tiles. Tahun ni tak sempat sebab nanti sepah sana-sini.Lepas raya aku buat berandah sikit.

l. Basuh tempat kereta(porch) dan basuh kereta terus lah.Nak basuh kat tempat basuh kereta memang full.kalau dekat raya ni agaknya basuh sendiri kot.

Persiapan ni tentang keadaan rumah dan perkitaran.Banyak lagi kena buat..aper erk?

Advertisements