semasa aku memandu highway Kuala Lumpur ke Johor melalui PLUS expressway aku singgah tiap-tiap R&R untuk merehatkan diri dan minda sekejap.Dalam banyak-banyak R&R tu aku minat juga R&R seremban ni. Ianya simple tapi menarik juga.Suasananya agak santai dan merehatkan minda.

Tapi agak malang sebab aku tak dapat rasa makanan kat sini sebab bulan Ramadhan(bulan puasa).Tapi aku masih top rated R&R Pagoh.R&R Pagoh masih lagi menjadi R&R yang paling cantik dan menepati citarasa aku dan sesuai dengan konsep Rehat & Rawat atau Restoran & Rehat yang di promosikan oleh PLUS.

Aku rasa perlu juga ditambah dari masa ke semasa tambah nilai untuk R&R ni.Baik juga kalau tambah 2/3 mesin ATM termasuk juga untuk deposit duit.Ye laa, benda ni memang perlu dek kesibukkan masa kita.Atau pun elok juga diadakan ruangan internet kiosk ker.

Aku harap pihak PLUS yang terbaca cadangan aku ni boleh lah ambik kira sebab PLUS pun dah untung banyak.Bagi balik lah kepada pengguna mana-mana yang termampu.Kadang-kadang tambahan ni tak perlu duit pun.

Advertisements