Gampang lowongan kerja di KL

Memang gampang lowongan kerja di KL..gitu agaknya bunyi warga Indon pabila cakap tentang peluang kerja dan peluang cari duit di KL iaitu Kuala Lumpur  ini.Aku pun rasa begitu juga kerana semasa aku pergi Jalan Bukit Bintang, aku lihat ramai peniaga warga asing terutama dari Arab dan Afrika menjual barangan siap (ready made) untuk di peragakan kepada semua pengunjung yang bersiar-siar dan lalu lalang.Aku juga terlihat ada  barangan yang berkenan dan mulalah aku tanya harga.Aku agak heran juga pabila ditunjukkan calculator semasa tawar menawar..macam kat luarnegeri lak.

Rupa-rupanya mereka ni tak boleh bertutur bahasa Melayu atau English.Rata-rata 90% yang aku perasan adalah warga asing yang kini berniaga dan menetap disini.Macamana mereka memperolehi lesen menjadi tanda tanya aku , tapi tak heran juga kerana tahap duit kopi kat Malaysia ni agak tinggi juga.

Jangan terkejut pabila mereka ini mampu menyewa condo yang sewanya 2-3 ribu sebulan.Apabila warga asing dengan senang hati boleh mencari rezeki kat sini, aku tertanya-tanya juga mana perginya warga malaysia  yang nak menuju ke era negara maju ni.Tak nak bersaing ker dengan mereka?

Begitu juga masa aku Jalan Tuanku Abdul Rahman(Jalan TAR),begitu juga kisahnya.Kat sini banyak warga Indon yang berniaga dan mungkin ada juga warga sini yang keturunan Indon. Memang gampang lowongan kerja kat sini.

Aku lihat dan renung, kalau kat KL ni siapa rajin dan kreatif cari duit,rasanya duit mencurah-curah.Tambahan pula kalau pandai berjimat cermat.Boleh lah kaut duit .Aku rasa eloklah warga kita kaut duit daripada warga asing kaut duit.JOM kaut duit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s