Semalam aku pergi rumah terbuka Aidilfitri peringkat nasional di Padang Sungai Isap Perdana. Kira-kira ramai juga walaupun panas terik. Yang aku terkilan kit, makanannya tak berapa banyak.Yang ada cuma nasi putih/minyak dengan lauk gulai daging dan ayam goreng,nasi impit,lemang dan sedikit kuih-muih.Itupun berebut-rebut. Macam makan kat kenduri kahwin jer. Makanan tradisi lain takde nampaknya tak macam rumah terbuka yang individu dan jabatan tertentu adakan.

Aku  tinjau juga makanan orang jemputan dan kenamaan.Makanan diorang ni lain kit.Ada satay,kudapan pencuci mulut dan lain-lain yang nampaknya ‘lain benor'(macam kata Hattan dalam lagu).

Itu aje pada pandangan aku.Tempat lain sebelum ni aku tak tahu.Nak dengar juga komen saper2 yang pergi tahun-tahun sebelum ni.

Nampaknya ni rumah terbuka yang akhir bulan Syawal ni kot.Nak Deepavali lak.

Advertisements