Terpegun aku membaca berita ada kampong berusia 500 tahun. Diberitakan satu kampong berusia 500 tahun telah dirasmikan oleh MB Perak pada 17hb.Oktober,2008 yang lalu.Kampong tersebut ialah Kampong Cagar Galah,Pekan Sauh iaitu kira-kira 20km dari Kuala Kangsar,Perak.

Khabarnya ,kampong ini dibuka oleh seorang Sultan 500 tahun dahulu dan menjalankan pemerintahan Islam.

Elok juga kampong ini diberikan perhatian dan dikekalkan untuk generasi akan datang.Kalau ada masa,ingin juga aku melawat kampong ni.

Advertisements