Telah diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja-raja Melayu bahwa esok kita raya.Maka pagi2 lagi aku dah ke Pasar untuk mencari ayam daging dan keperluan lain untuk Raya.Keadaan pasar agak sesak tapi tak macam tahun lepas, mungkin kerana sudah ramai perantau sudah balik dan sudah membuat pembelian awal lagi semalam.

Barangan agak mahal juga dan sesak digerai daing, ayam, santan dan rempah.Aku terlihat lemang dah siap dan tanya juga harganya.Harganya sekitar RM8-10 sebatang.boleh tahan juga tapi tak beli kerana aku nak jengok tempat bakar lemang kat area kampong sikit.Baru real punya.Ketupat nasi yang dah siap juga ada.Tapi aku beli kelongsong aje iaitu RM8-9 untuk 20 biji.

Tempat jual daging juga agak sesak.Harga daging sekitar RM18 sekilo samada lembu atau  kerbau tapi sebagaimana biasa aku ambil keputusan beli kat Jaya Gading kerana di sana banyak pilihan.

Advertisements